fbpx

Olimpik Paris: Hajat Johnathan tidak kesampaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENEMBAK negara, Jonhathan terpaksa berpuas hati menamatkan pusingan kelayakan di tempat ke-26 dengan 570 mata. - OCM

KUALA LUMPUR – Hasrat penembak negara, Johnathan Wong layak ke final acara 10 meter (m) Air Pistol tidak kesampaian apabila sekadar menamatkan pusingan kelayakan di tempat ke-26.

Pada saingan yang berakhir sebentar tadi, Johnathan sekadar merekodkan 570 mata, kurang tujuh mata berbanding penembak Jerman, Walter Robin yang berada di tangga kelapan iaitu slot terakhir ke pusingan akhir.

“Daripada segi markah memang tidak berpuas hati malah sebelum datang ke sini pun kita letakkan target yang lagi tinggi. Daripada senarai lapan terbaik pun markah tidak begitu tinggi.

“Kita sudah buat persiapan yang terbaik tetapi inilah yang berlaku. Pastinya saya tidak berpuas hati dengan pencapaian kali ini,” katanya.

Keputusan ini juga agak jauh dengan catatan terbaik Johnathan yang pernah merekodkan keputusan 585 mata. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI