fbpx

Olimpik Paris: Evenepoel sangsi kemampuan buru pingat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EVENEPOEL mengakui masih dalam kepenatan selepas mengakhiri saingan TdF dan tidak mampu menjanjikan aksi terbaik di Olimpik Paris. - AFP

PARIS – Pelumba Belgium, Remco Evenepoel mengakui tidak meletakkan sasaran tertinggi menjelang penampilannya di Sukan Olimpik Paris memandangkan kini dalam proses pemulihan sejurus menyelesaikan perlumbaan paling meletihkan di Tour de France (TdF).

Pelumba berusia 24 tahun itu menampilkan aksi cukup memukau di TdF 2024 apabila menamatkan perlumbaan 21 peringkat di kedudukan ketiga keseluruhan dan turut menjuarai peringkat ketujuh dalam ujian masa individu (ITT).

Justeru, Evenepoel mengakui ketika ini dia banyak menghabiskan masanya di tempat tidur dan hanya menjalani latihan berbasikal sederhana untuk menghadapi ITT pada temasya Olimpik yang bermula malam ini.

“Saya sentiasa meletakkan matlamat yang tinggi, tetapi saya tahu saya mungkin tidak 100 peratus cergas untuk menghadapi Olimpik Paris.

“Saya menghabiskan sebahagian besar masa di atas katil dan hanya menjalani latihan berbasikal sedikit pada hari Selasa, tetapi saya dapat rasakan diri saya tidak cukup baik. Saya perlu menunggu dan melihat bagaimana ia berjalan pada hari Sabtu.

“Jadi, kita lihat sama ada ia mencukupi terutama latihan. Saya keluar dari perlumbaan jelajah dengan penuh keyakinan dan itu sudah memberikan saya kelebihan mental untuk menghadapi Paris ini,” katanya.

Evenepoel dijangka akan berdepan tentangan sengit dari Filippo Ganna dari Itali dan juga Josh Tarling dari Great Britain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI