fbpx

Liga Super: Yusri lega The Bos Gaurus kembali ‘garang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain Perak FC meraikan kemenangan bergaya yang dilakar ke atas KDN FC semalam. - Foto ihsan Perak FC

KOTA BHARU – Jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah bersyukur dapat meraih kemenangan kedua selepas menewaskan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) 3-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.

Kata Yusri, pujian harus diberikan kepada semua pegawai dan pemain yang telah bertungkus lumus bagi memastikan kemenangan malam tadi.

Mengulas perlawanan itu, beliau mengakui Perak FC bukan bermain dengan terlalu baik tetapi kesemua pemain dan pegawai kekal dalam permainan di sepanjang 90 minit masa perlawanan.

Katanya, The Bos Gaurus sebetulnya berdepan kesukaran untuk menembusi benteng pertahanan Sang Kijang Emas sehingga terpaksa menggunakan corak permainan di luar kebiasaan mereka.

“Saya tidak boleh mengupas apa yang berlaku dengan pasukan lawan tetapi kami melihat kelemahan KDN FC dan guna pakai untuk memastikan kemenangan.

“Saya rasa dua gol awal berjaya membunuh saki baki semangat juang KDN FC dan gol ketiga telah menutup terus perjuangan mereka,” katanya selepas tamat perlawanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN