KUANTAN – Sri Pahang menagih sentuhan penyudah penyerang import, Kpah Sherman menjelang perlawanan bertemu Kuala Lumpur City (KL City) di Stadium Kuala Lumpur, Cheras malam ini.
Ketua jurulatih Tok Gajah, Fandi Ahmad percaya penyerang kelahiran Liberia itu boleh membalas kepercayaan yang diberikan meskipun gagal pamer prestasi cemerlang pada beberapa aksi sebelum ini.
Menguas lanju, Fandi mengakui selepas tewas kepada skuad Negeri Sembilan (NSFC), ruang rehat yang agak panjang digunakan untuk memperkemaskan posisi tengah dan serangan kerana dilihat mempunyai kelemahan ketara.
“Tumpuan kita adalah di bahagian tengah dan di serangan yang masih tumpul setakat ini. Dalam perlawanan dengan NSFC sebelum ini, kita ada 20 peluang tapi gagal menemui sasaran menjaringkan gol,”
“Namun, kita dapat lihat sesi latihan yang diharungi pasukan sebelum ke Kuala Lumpur cukup positif dan harap kita dapat raih tiga mata di sana nanti,” katanya. – KOSMO! ONLINE