fbpx

Liga Super: Selangor FC kekal ‘raja’ di Petaling Jaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Selangor, Yohandry Jose Orozco meraikan jaringan pada perlawanan Liga Super 2024 Selangor menentang Penang FC, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

PETALING JAYA – Pasukan Selangor FC kembali berada di landasan kemenangan selepas menewaskan Penang FC 4-1 pada aksi Liga Super di Stadium MB Petaling Jaya sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, Gergasi Merah kendalian Nidzam Jamil dilihat terdesak untuk menamatkan badi kekalahan dua perlawanan berturut-turut dengan meraih tiga mata berharga di laman sendiri.

Pasukan tuan rumah hanya memerlukan tempoh tiga minit membuka jaringan hasil penyudah menarik yang dilakukan oleh pemain pertahanan tengah, Mukhairi Ajmal.

Tersentak dengan gol tersebut, Harimau Kumbang cuba bangkit tetapi gagal meraih gol penyamaan dengan keputusan 1-0 kekal pada babak pertama.

Bersambung pada separuh masa kedua, Penang FC akhirnya mengikat kedudukan menjadi 1-1 selepas kapten, Rafael Vitor menyempurnakan sepakan penalti yang diberikan pada minit ke-64.

Selangor menggandakan asakan dan turut diberikan sepakan penalti dengan Yohandry Orozco mudah menyempurnakan sepakan tersebut berselang tujuh minit kemudian.

Ketika Penang FC sekali lagi memburu gol penyamaan, pemain import Selangor, Alvin Fortes melebarkan kelebihan tuan rumah menerusi gol sepakan percuma menarik pada minit ke-89.

Kealpaan pasukan pelawat sekali lagi dihukum apabila Selangor meraih gol keempat hasil jaringan Quentin Cheng pada masa kecederaan dengan keputusan 4-1 kekal sehingga wisel penamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI