fbpx

Liga Super: KL City, Sri Pahang sama kuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN KL City, Muhammad Haqimi Azim Rosli (kanan) melepasi pemain Sri Pahang, Mohamad Azwan Mohd. Aripin pada aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, sebentar tadi. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR – Kekuatan mental pemain sekali lagi menjadi nadi utama buat Kuala Lumpur City untuk mengikat Sri Pahang tanpa jaringan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Disebalik berita kurang enak membabitkan tunggakan gaji dan hutang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), keputusan seri itu mengekalkan rekod tanpa kalah The City Boys dalam tiga perlawanan berturut-turut.

Bagaimanapun, elemen sentuhan penyudah menjadi permasalahan utama buat kedua-dua pasukan yang sering membazirkan peluang tercipta.

Keputusan ini pasti memberikan ‘nota amaran’ buat pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad yang kini hanya mampu meraih satu mata dalam tiga perlawanan terakhir.

Terdahulu, KL City yang dipalit isu gaji sejak kebelakangan ini dilihat lebih garang apabila memiliki lebih banyak peluang berbanding Sri Pahang.

Bagaimanapun hanya satu percubaan merbahaya mampu dihasilkan tuan rumah menerusi sepakan percuma ketua pasukannya, Paulo Josue pada minit ke-38.

Skrip hampir sama terus berulang di babak kedua, menyaksikan The City Boys berterusan dipalit kecewa dalam melakukan sentuhan akhir.

Bagaimanapun, sebaik aksi memasuki minit ke-60, giliran Tok Gajah makin selesa namun isu penyudah turut menghadirkan kekecewaan buat penyokong Sri Pahang.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI