fbpx

Liga Super: Kijang Emas semakin ‘lemau’, tagih import baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD Asraf Aliffuddin Yasin cuba melepasi pemain pasukan Perak FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke-IV Kota Bharu semalam. -FOTO oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

KOTA BHARU – Staf kejurulatihan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) berharap tiga pemain import antarabangsa boleh dibawa masuk oleh pihak pengurusan pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia nanti.

Penolong ketua jurulatihnya, Rezal Zambery Yahya berkata, pasukan KDN FC perlu membuat pembaharuan dan bahagian paling kritikal pada ketika ini adalah di posisi penyerang selepas tewas 1-3 kepada Perak FC malam tadi.

“Sudah ada perbincangan antara pihak jurulatih dan pengurusan untuk menukar beberapa pemain import terutama di bahagian serangan kerana kita dapat lihat begitu sukar untuk kita menjaringkan gol pada setiap perlawanan.

“Untuk memenangi perlawanan kita perlu menjaringkan gol dan kalau ikut perancangan, saya mahu ketiga-tiga pemain import antarabangsa yang bakal dibawa masuk merupakan penyerang tulen,” katanya.

Mengulas perlawanan malam tadi, Rezal menekankan aspek disiplin taktikal perlu diperkemaskan terutama pergerakan ketika membuat tekanan dan sebagainya perlu melibatkan semua pemain/

“Perbezaan adalah pasukan Perak lebih banyak melakukan pergerakan berbanding kita yang dilihat lebih ramai berada dalam keadaan statik.

“Apa pun, Perak bermain dengan baik dan kita perlu terima kekalahan ini serta cuba bangkit kembali,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI