fbpx

Kurang 15 saat lihat kontinjen Malaysia, tidak berbaloi pakai rekaan eksklusif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kontinjen Malaysia pada perarakan di atas bot semasa upacara pembukaan Olimpik Paris 2024, pagi tadi.

PETALING JAYA – Rata-rata peminat sukan tanah air meluahkan kekecewaan terhadap upacara pembukaan Olimpik Paris 2024, pagi tadi.

Ini kerana luah mereka di aplikasi X, perarakan kontinjen Malaysia di atas bot menelusuri Sungai Seine itu hanya disiarkan kurang daripada 15 saat serta dalam keadaan hujan.

Malah dakwa mereka lagi, perarakan itu tidak meriah seperti pembukaan Olimpik sebelum ini dan tidak berbaloi mengenakan rekaan baju yang cantik serta eksklusif.

“Tunggu lama nak tengok orang Malaysia dekat pembukaan Olimpik Paris, akhirnya sekejap ja tunjuk dengan orang pun sikit. Macam tak berbaloi buat baju apa semua,” luah @RawiAidil.

“Beria gaduh baju akhirnya muncul 2 saat sahaja,” ujar @mokluuu.

“Keseluruhan 12 saat je yang betul-betul nampak muka atlet Malaysia. Tolak 3 saat pertama dia pandang belakang, dalam 7 saat ja. Yang lain kamera dah tunjuk benda lain,” kata @hanief_ramli.

“Apahal pembukaan Olimpik Paris macam ni. Ingatkan isu baju Olimpik Malaysia ja menyedihkan, tambah ini pulak. Inilah pembukaan Olimpik paling bosan dan menyedihkan pernah aku tengok,” luah @frhnarsin_.

Bagaimanapun, ada juga pengguna yang kagum dengan keunikan acara pembukaan Olimpik Paris 2024 yang berarak menggunakan bot bermula di Pont d’Austerlitz dan berahir di Trocadéro, bersebelahan Menara Eiffel.

“Biasa atlet berarak jalan kaki. Tapi ‘smart’ juga Olimpik Paris ni bila berarak naik bot! Go go team MAS! Doa mengiringi atlet negara kita. Semoga tahun ni Malaysia dapat emas Olimpik Pertama!,” tulis @nuraten-mf.

Terdahulu, kontinjen Malaysia diwakili enam atlet dan empat pegawai pada acara pembukaan Olimpik Paris 2024 dengan penerjun, Bertrand Rhodict Lises dan atlet pelayaran, Nur Shazrin Mohamad Latif menggalas tanggungjawab sebagai pembawa Jalur Gemilang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI