fbpx

Kuala Krai, Larut Matang alami cuaca panas tahap 1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Lima kawasan di seluruh negara kini mengalami cuaca panas tahap 1 atau kategori berjaga-jaga.

Berdasarkan perkongsian di laman Facebook MetMalaysia, kawasan tersebut melibatkan dua di Semenanjung dan tiga lagi di Sabah dan Sarawak.

Di Semenanjung, ia melibatkan kawasan Larut dan Matang di Perak, manakala satu lagi di Kuala Krai Kelantan.

“Bagi negeri Sarawak pula, ia melibatkan dua kawasan iaitu di Bintulu dan Sri Aman. Untuk Sabah ia melibatkan kawasan di Kota Marudu,” tulis MetMalaysia.

Jelasnya, bagi cuaca panas tahap berjaga-jaga, suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI