fbpx

Kejuaraan ASEAN B-19: Garrido lancar ‘perang psikologi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Skuad B-19 negara giat menjalani latihan bagi mengharungi aksi getir separuh akhir menentang Indonesia malam ini. - Foto ihsan FAM

PETALING JAYA – Pengendali skuad bawah 19 (B-19) negara, Juan Torres Garrido memulakan perang psikologi dengan menganggap Indonesia memiliki kelebihan menjelang aksi separuh akhir Kejuaraan ASEAN B-19 di Stadium Gelora Bung Tomo malam ini.

Kata Garrido, skuad Garuda Muda selaku tuan rumah memiliki rehat lebih 24 jam apabila mengharungi aksi terakhir kumpulan pada Rabu manakala pasukannya menamatkan saingan pada Khamis lepas.

“Saya anggap kita kehilangan satu hari rehat yang berharga. Indonesia pastinya akan tampil lebih segar kerana barisan pemain mereka memiliki tambahan 4 jam.

“Namun, itu bukanlah alasan kerana adat pertandingan pada mana-mana kejohanan sekali pun. Apa yang penting, pemain sedia sepenuhnya kerana mereka (Indonesia) ada skuad yang bagus,” katanya dipetik portal Antara.

Skuad B-19 negara merupakan juara bertahan selepas mendominasi edisi 2022 dengan menewaskan Laos di pentas final.

Satu lagi perlawanan separuh akhir pada kejohanan yang berlansung di Surabaya itu menyaksikan Thailand menentang Australia yang turut berlangsung malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN