fbpx

Juara dua kali Fiji hampiri hatrik Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BINTANG Fiji, Selesitino Ravutaumada (kanan) berjaya meloloskan diri daripada dua kawalan pemain Ireland pada aksi suku akhir di Stade de France awal pagi semalam. - AFP

PARIS – Fiji mengekalkan reputasi terbaik mereka dalam memburu kemenangan hatrik di Sukan Olimpik apabila melangkah ke pentas separuh akhir sejurus menewaskan Ireland 19-15 di Stade de France awal pagi semalam.

Fiji yang menjuarai dua pingat emas pada dua edisi lalu di Rio de Janeiro (2016) dan Tokyo (2020) mengekalkan aksi terbaik mereka di Paris biarpun ditentang hebat Ireland.

Pada perlawanan tersebut, Ireland tampil garang apabila di depan selepas berjaya melakukan dua try pada separuh masa pertama menerusi Chay Mullin dan Mark Roche untuk meletakkan mereka 10-7.

Bersambung babak kedua, Ireland sekali lagi di depan menerusi try Zac Ward untuk meletakkan pasukan itu dengan keputusan 15-5 sebelum Fiji bangkit dan mengatur semula perlawanan menerusi dua try oleh Joji Nasova dan Wise Nacuqu.

Hasil keputusan tersebut, Fiji perlu melakukan persiapan terbaik apabila mereka akan berdepan Australia di separuh akhir malam ini selepas skuad Wallabies itu membelasah Amerika Syarikat 18-0.

Sementara itu, pemenang pingat perak dan gangsa Olimpik Tokyo iaitu New Zealand dan Argentina dikejutkan apabila tersingkir selepas tewas kepada lawan masing-masing di peringkat suku akhir.

Pasukan Afrika Selatan turut mara ke separuh akhir selepas mengatasi New Zealand 14-7, manakala tuan rumah pula mengejutkan Argentina menerusi kemenangan 26-14. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI