JAKARTA – Seorang isteri menyerbu sebuah rumah yang menjadi tempat tinggal suaminya bersama kekasih gelap dalam kejadian di wilayah Sulawesi Utara, lapor portal berita terkini.id semalam.
Si isteri telah mendirikan perkahwinan dengan suaminya kira-kira setahun lalu.
Bagaimanapun, si suami yang bekerja dengan sebuah syarikat pengangkutan awam itu memilih menjalinkan hubungan sulit dengan gadis yang merupakan pelajar universiti.
Dia dipercayai menjalin hubungan sulit sehingga pelajar itu melahirkan seorang anak yang kini berumur kira-kira 8 bulan.
Video tentang serbuan itu tular di media sosial.
“Wow! Lagi tular curang dengan mahasiswi sehingga memiliki anak” demikian menurut keterangan video itu yang dimuat naik di akaun Instagram @kodil0127 semalam.
Menurut maklumat video tersebut, si isteri telah mengekori suaminya dan mendapati dia mempunyai anak berusia 8 bulan dengan pelajar itu.
Kecurigaan si isteri tentang kelakuan suaminya bermula selepas lelaki tersebut sukar untuk ditemui dan sering memberikan alasan sibuk. – AGENSI