fbpx

Ibu Albertine sedia kembali bekerja, fikiran tenang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Albertine.

JOHOR BAHRU – Ibu kepada Albertine Leo Jia Hui, 6, yang sebelum ini diculik di Iskandar Puteri, di sini sedia kembali bekerja selepas anaknya selamat pulang ke pangkuan keluarga.

Leo Qieo Xin, 37, dalam satu kenyataan di Facebook memberitahu, hati dan fikirannya telah kembali tenang selepas episod ngeri itu tamat.

“Terima kasih warga maya dan kawan-kawan kerana berkongsi berita kehilangan anak saya. Terima kasih juga kepada pihak polis kerana menyelamatkan dan bawa pulang anak saya,” katanya ditulis dalam bahasa Mandarin.

Terdahulu, kanak-kanak itu dilaporkan hilang pada pukul 8.30 malam Sabtu lalu ketika keluarga mereka berada di festival bon odori yang dianjurkan di sebuah pusat beli-belah di Iskandar Puteri.

Mangsa yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik itu kemudiannya ditemukan selamat di sebuah hotel murah di Batang Kali, Selangor, Selasa lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI