fbpx

Hamil, malas bersolek, ‘pembawaan’ anak lelaki ke?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAJAH Intan kelihatan bersih tanpa secalit mekap dalam sebuah video TikTok baru-baru ini.

SEJAK Intan Najuwa mengumumkan kehamilan sulung kepada umum baru-baru ini, memang ramai tumpang gembira.

Bukan itu sahaja, ramai berpendapat wajah Intan semakin berseri-seri sehingga ada yang sudah mula membuat andaian jantina bayi dalam kandungannya.

Ramai yang mengatakan Intan bakal menimang anak lelaki selepas pelakon itu mengakui kurang gemar bersolek seperti kebiasaan dalam sebuah video TikTok.

“Selalunya kalau tak suka bersolek dan berhias ketika hamil, kemungkinan anak lelaki.

“Ramai cakap Intan bakal dapat anak lelaki tapi perkara itu bukan menjadi keutamaan pun, asalkan bayi dilahirkan sihat dan sempurna,” komen netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI