fbpx

FAM, MFL jangan terus ‘membisu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KL CITY dilaporkan sudah mendapat bayaran gaji April dan Mei yang memberikan sedikit kelegaan kepada para pemain.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM), Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) tidak harus bersikap ‘kunci mulut’ sebaliknya perlu tampil dengan berani menjelaskan keadaan sebenar berhubung kelulusan lesen untuk Kuala Lumpur City.

Isu tunggakan gaji pemain dan dakwaan kegagalan mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejak tahun lalu jelas memberikan asas kepada peminat untuk menimbulkan persoalan tentang ketelusan pihak berkaitan yang mengeluarkan lesen.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kamarudin Abdullah, berkata hanya pihak berkaitan yang lebih layak untuk menjelaskan keadaan sebenar dan meleraikan spekulasi yang timbul.

“Untuk saya, persoalan yang ditimbulkan oleh penyokong mengenai kelulusan lesen ada asasnya. Jadi, bagi saya adalah lebih baik untuk FAM, MFL dan pihak berkaitan yang tampil jelaskan sendiri bagaimana lesen dikeluarkan,” katanya ketika dihubungi sebelum ini.

Laporan menyebut, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sudah pun membuka kertas siasatan terhadap FAM dan MFL tentang kemungkinan berlaku pelanggaran syarat pelesenan kelab.

Ia rentetan berlaku kekeliruan selepas KL City diberikan lesen bagi musim 2024-25 sedangkan pasukan itu dilaporkan masih dihimpit isu gaji dan tunggakan caruman KWSP.

Untuk rekod, dua tahun lalu Persatuan Bola Sepak Iran pernah digantung daripada mendapatkan lesen dan kesannya tiada wakil negara itu dapat beraksi di pentas Asia.

Andai didapati bersalah, ia akan beri kesan kepada industri bola sepak negara di mana kelab Malaysia berisiko hilang kelayakan untuk bertanding di peringkat Asia.

“Andai kata lesen kelab tempatan kita tidak diiktiraf, pemainlah yang akan terkesan kerana tidak dapat bermain di peringkat tertinggi. Ia pastinya jadi detik mengecewakan kerana saya pasti semua pemain ada cita-cita bermain di pentas tertinggi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI