fbpx

Fakaruddin hilang selepas dihantar ke Stesen LRT Sungai Besi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fakaruddin dilaporkan hilang sejak 25 Mei lalu.

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas dihantar ke Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Sungai Besi, di sini pada 25 Mei lalu.

Polis Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, laporan kehilangan Fakaruddin Ab Aziz, 50, dibuat oleh seorang kakaknya pada 17 Julai lalu selepas dia gagal dihubungi.

“Pada 25 Mei lalu, seorang saudara orang hilang (OH) menghantar OH ke LRT Sungai Besi dan sejak itu, dia tidak dapat dihubungi.

“OH yang masih bujang dikatakan tinggal menyewa di Bangsar namun keluarga tidak mengetahui alamat kediamannya,” katanya.

Justeru Itu, katanya pihak polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan keberadaan Fakaruddin untuk tampil membantu mengesan lelaki itu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI