fbpx

EPL: Kontrak lumayan menanti Alex-Arnold

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALEX-ARNOLD bakal menerima kontrak lumayan menerusi perjanjian baharu di Liverpool menyebabkan dia menolak peluang ke Real. - AFP

LIVERPOOL – Bintang The Reds, Trent Alexander-Arnold menyatakan hasratnya untuk terus kekal bersama Liverpool musim ini walaupun dikaitkan dengan spekulasi perpindahan ke kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid.

Pemain berusia 25 tahun itu akan tamat kontrak pada musim panas tahun depan dan Real dilaporkan ingin mengambil kesempatan dengan membuat tawaran perpindahan tahun ini, namun Arnold teruja untuk meneruskan latihan di bawah kendalian baharu, Arne Slot.

Walaupun peluang untuk bergabung dengan rakan baiknya, Jude Bellingham di Sepanyol terbuka luas, Arnold bertekad untuk menolak perpindahan tersebut dan komited untuk bermain dengan Liverpool pada musim akan datang.

Perkembangan itu berlaku selepas Liverpool didakwa bersedia untuk menawarkan kontrak baharu yang cukup lumayan bagi memastikan Arnold terus kekal di Anfield.

Arnold yang dilihat bertekad untuk menolak perpindahan tersebut disokong kelabnya apabila The Reds turut berhasrat untuk mengekalkannya untuk jangka masa panjang dengan menawarkan kontrak bernilai besar di Anfield.

“Trent seperti pemain lain dalam pasukan, melihat ini sebagai permulaan baru dan dia teruja untuk kembali ke latihan bagi meletakkan asas untuk musim baru yang berjaya. Dia benar-benar komited untuk dan satu kontrak lumayan akan ditawarkan kepadanya,” kata Slot.

Ketika ini, Arnold dikecualikan daripada skuad Liverpool untuk jelajah pramusim mereka di Amerika Syarikat, tetapi keputusan itu tidak mempunyai kaitan dengan isu perpindahan yang dikaitkan.

Pemain pertahanan itu diberi cuti panjang selepas membantu England mara ke pentas final Euro 2024 dan dijangka hanya akan kembali pada Ogos.

Ini akan menyebabkan dia terlepas perlawanan persahabatan hujung menentang Real Betis, Arsenal, Manchester United dan Sevilla sebelum perlawanan pembukaan musim mereka menentang Ipswich bulan depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI