fbpx

Bukan culik, 6 MPV kejar kereta sebab lalok dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Pasangan kekasih khayal dengan dadah ditahan polis selepas cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Taman Impian Emas, di sini pada pukul 11.20 malam, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, turut berada dalam kenderaan itu adalah seorang kanak-kanak yang merupakan anak kepada suspek wanita.

Menurut beliau, suspek lelaki berusia 27, manakala suspek wanita pula berusia 20 tahun.

“Dakwaan yang mengatakan pasangan itu menculik kanak-kanak tersebut tidak benar kerana dia merupakan anak kepada suspek wanita,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Balveer Singh, ujian urin yang dibuat terhadap kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine.

“Tiada mana-mana pihak yang cedera dalam kejadian berkenaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI