fbpx

Branthwaite tolak tawaran baharu Everton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRANTHWAITE mendedahkan hanya akan menandatangani kontrak bersama Everton sekiranya diberikan gaji mingguan sama seperti ditawarkan United. - AFP

LIVERPOOL – Pemain pertahanan Everton, Jarrad Branthwaite dilapor tidak bersedia untuk menandatangani kontrak baharu bersama The Toffees kecuali diberikan gaji mingguan sama seperti yang ditawarkan oleh Manchester United.

United sejak beberapa bulan lalu dikaitkan dengan perpindahan Branthwaite dengan beberapa terma peribadi telah dipersetujui termasuk menawarkan pemain itu dengan gaji mingguan sebanyak £160,000 (RM960,962).

Everton dilapor menolak dua tawaran daripada United dengan nilai terakhir £50 juta (RM300.30 juta) ketika mereka hanya mahukan nilai perpindahan sebanyak £70 juta (RM420.42 juta) untuk mencapai persetujuan.

Pemain berusia 22 tahun itu masih mempunyai kontrak selama tiga tahun di Goodison Park dan menerima gaji sebanyak £70,000 (RM420,421) seminggu, namun Everton cuba untuk memberikannya tawaran baharu.

Rundingan berkenaan dilaporkan masih berlangsung apabila Everton cuba untuk mengekalkan pemain muda berbakatnya itu, tetapi Branthwaite mahu pasukan itu menawarnya gaji mingguan seperti diterimanya dari United.

Keenganan Everton menerima tawaran terakhir, United menerusi pengarah sukannya, Dan Ashworth menghentikan rundingan tersebut terutama selepas berjaya mendapatkan khidmat pemain pertahanan Bologna, Leny Yoro. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI