fbpx

Bendera Sukan Olimpik Paris berkibar terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENDERA Sukan Olimpik 2024 dikibarkan terbalik di Paris semalam. - Foto The Sun

PARIS  – Sebilangan penonton ‘bermata helang’ menyatakan bahawa mereka melihat kesilapan lucu semasa bendera Sukan Olimpik 2024 dikibarkan pada majlis perasmiannya di Paris, lapor portal berita Daily Express semalam. 

Kesilapan itu adalah bendera Olimpik 2024 dikibarkan dalam keadaan terbalik.

Sepatutnya, terdapat tiga bulatan di bahagian atas dan dua di bahagian bawah.

Namun, walaupun angin tidak bertiup untuk memberikan pandangan yang jelas kepada penonton, kibaran bendera penuh menunjukkan bulatan yang terdapat pada bendera tersebut sebenarnya terbalik.

Ia menunjukkan dua bulatan di bahagian atas dan tiga bulatan di bahagian bawah.

Kejadian itu merupakan kesilapan yang memalukan bagi penganjur majlis sukan terbesar dunia itu. 

Sukan Olimpik kali ini diadakan buat pertama kali di luar stadium dengan kira-kira 7,000 atlet dibawa menyusuri Sungai Seine, Paris dengan bot – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI