fbpx

Belum terbuka hati terima kunjungan delegasi pembangkang – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (kanan) bersalam dengan ahli parti di dalam Majlis Perasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Tebrau di Dewan Taman Adda Height , Johor Bahru, hari ini. - Foto BAAZLAN IBRAHIM

JOHOR BAHRU – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan terdapat beberapa wakil parti pembangkang yang mahu bertemu dengannya untuk berunding soal kerjasama politik pada masa akan datang.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) bagaimanapun berkata, hatinya masih belum terbuka untuk menerima kunjungan mereka.

“Ada delegasi yang mahu bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan saya, tetapi hati saya tidak terbuka lagi untuk bertemu dengan mereka. Ini kerana saya tidak mahu kejadian sama berulang, jangan dipatuk ular di tempat sama,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tebrau di Dewan Muafakat Johor Taman Adda, di sini malam tadi.

Dalam masa sama, Ahmad Zahid turut menggesa jentera UMNO dan BN untuk melakukan transformasi terhadap cara mereka meraih sokongan pengundi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Kita perlu jadi pempengaruh, perlu ada kandungan yang baik untuk dekati pengundi. Perkara ini boleh dibuat dengan bantuan sayap Pemuda dan Puteri. Ini tidak mustahil,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI