fbpx

Ancaman huru-hara di Perancis, sistem kereta api disabotaj

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR pada 21 Mac lalu menunjukkan stesen kereta api Gare du Nord di Paris. – AFP

PARIS – Pegawai-pegawai  kereta api Perancis memberi amaran tentang huru-hara perjalanan untuk beratus-ratus ribu orang sepanjang hujung minggu ini  selepas kumpulan pensabotaj melumpuhkan sebahagian besar rangkaian rel kereta api ketika Sukan Olimpik bermula semalam.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab berhubung perbuatan khianat membakar kotak-kotak kabel di persimpangan rel  terpilih  di utara, barat daya dan timur Paris di mana upacara pembukaan Sukan Olimpik berlangsung malam kelmarin.

Pekerja-pekerja kereta api berjaya menggagalkan percubaan keempat untuk memusnahkan peralatan keselamatan.

Syarikat pengendali rel kereta api Perancis,  SNCF menyifatkan kejadian itu sebagai ‘serangan besar-besaran’.

“Perkhidmatan perisikan dan penguatkuasaan undang-undang kami digerakkan untuk memburu  dan menghukum pelaku perbuatan jenayah ini,” kata Perdana Menteri Gabriel Attal dalam satu kenyataan di laman  X.

Beliau menganggap serangan itu  sebagai ‘tindakan sabotaj terancang dan diselaraskan’. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI