fbpx

20 warga asing bertempiaran lari asrama pekerja terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menjalankan kerja pemadaman api di Nibong Tebal, hari ini. - Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

 

SEBERANG PERAI – Kira-kira 20 warga asing berlari menyelamatkan diri apabila asrama pekerja yang mereka diami musnah dalam kebakaran kira-kira pukul 11.25 pagi di Taman Jawi Indah, Nibong Tebal di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal dan dibantu BBP Sungai Bakap bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Anggaran peratusan kemusnahan sebanyak 80 peratus dan operasi pemadaman turut dibantu pasukan bomba sukarela berhampiran. Punca kebakaran berlaku masih dalam siasatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI