fbpx

1,634 kereta tersadai di PA, PPR dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaliha (empat kiri) bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh (lima kanan) menanam pokok manggis selepas melancarkan Program Kesejahteraan PAPPR - Quick Win di PA Seri Kota, hari ini. Foto FARIZ RUSADIO KOSMO!

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,634 buah kenderaan tersadai telah dikenal pasti berada di seluruh Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah), Dr. Zaliha Mustafa menjelaskan, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melakukan kerja peralihan kenderaan-kenderaan tersadai itu menerusi beberapa proses terlebih dahulu.

“Antara proses berkenaan adalah memastikan kereta terbabit bebas daripada digunakan untuk aktiviti jenayah.

“Kita tidak boleh terus angkat semua, akan lalui beberapa proses sebelum semua kenderaan ini dapat dilupuskan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Progaran Kesejahteraan PA/PPR – Quick Win di PA Seri Kota, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, Projek Quick Win PA/PPR melibatkan 64 kawasan seluruh ibu kota dilancar hari ini dengan fokusnya memperkasa program penyelenggaraan dan naik taraf PA dan PPR, selain mewujudkan persekitaran kediaman yang ikonik.

Jelas beliau, program tersebut telah diselaras oleh DBKL dengan kolaborasi komuniti setempat dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terlibat.

“Kita menggalakkan setiap PPR itu supaya penduduk sendiri memainkan peranan juga sebab kita boleh buat sekali program tetapi untuk kekalkan kesejahteraan ataupun keindahan dan sebagainya itu ia memerlukan komitmen daripada penduduk.

“Elemen utama program adalah kebersihan, keindahan, kehijauan dan keselamatan. Ia melibatkan aktiviti gotong-royong, keceriaan, cantasan dan penanaman pokok baharu serta penundaan kenderaan buruk,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI