PETALING JAYA – Tindakan seorang penunggang motosikal tidak mematuhi lampu isyarat mendapat kecaman orang ramai.
Bukan itu sahaja, penunggang motosikal terbabit juga dilihat menunggang sambil memegang sebiji tong gas menyebabkan dia terhuyung-hayang ketika melalui jalan tersebut.
Melalui rakaman tular tersebut, tindakan penunggang terbabit juga menyebabkan beberapa kenderaan terpaksa brek mengejut bagi mengelak terlanggar motosikal itu.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan individu terbabit yang dikatakan membahayakan nyawa sendiri dan orang lain.
“Membahayakan nyawa diri sendiri dan orang lain, tak kelakar, yang pelik-pelik saja Malaysia ni,” kata Michael.
“Kalau kena langgar, nanti keluarlah cerita sedih terpaling jadi mangsa pemandu lain tak bertimbang rasalah, itulah, inilah,” kata Dewa.
“Tak boleh ke letak tong gas dekat bakul aduhai bahaya betul,” kata Boiish.
“Kalau ya pun beli gas guna moto, tak boleh ke dia ikut peraturan jalan raya. Tunggulah giliran, kau redah trafik yang tengah bergerak kan bahaya kat diri orang lain juga,” kata tuiter.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat lebih 80,000 tontonan di aplikasi X. – KOSMO! ONLINE