fbpx

USIM rekod 135 pelajar Palestin, paling ramai dalam IPTA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Nik Norzrul Thani (kiri) menyampaikan Sijil Penghargaan kepada wakil Media Mulia pada Majlis Bersama Media USIM di Marriot Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kini merekodkan bilangan pelajar Palestin paling ramai dalam kalangan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini.

Pengerusi Lembaga Pengarahnya, Tan Sri Dr. Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani berkata, pihaknya merekodkan seramai 135 pelajar dari negara berkenaan.

Katanya, daripada jumlah itu, lapan merupakan pelajar ijazah sarjana muda di pelbagai jurusan.

Selebihnya beliau berkata, ialah penuntut pasca siswazah sama ada peringkat sarjana dan doktor berfalsafah dengan kos pengajian kesemua mereka ditaja sepenuhnya oleh USIM.

“Saya berasa bangga kerana tidak ramai tahu bahawa USIM memiliki jumlah penuntut Palestin yang tertinggi daripada kesemua 20 universiti awam.

“Sepanjang tahun lalu sahaja, kami menanggung yuran mereka yang keseluruhannya itu dibayar sebagai biasiswa dengan jumlah hampir RM290,000,” ketika berucap pada Majlis Bersama Media 2024, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dr. Nik Norzrul Thani berkata, setakat ini, USIM mencatatkan sejumlah 36 bekas graduan dari negara tersebut dan bersedia menawarkan lebih banyak tempat kepada penuntut Palestin yang berminat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI