fbpx

Tuah gandingan kali pertama Alia-Ain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALIA dan Ain berjaya mengharumkan nama negara dengan meraih pingat emas di Singapura baru-baru ini.

BEREGU boling padang negara, Nurul Alia Fitrah Mohamad Ali dan Ain Nurnajwa Sam @ Norhisham mencipta kejutan apabila menyumbang pingat emas pertama menerusi format ‘ends’ dalam kategori beregu wanita pada Kejohanan Lion City Cup U25 baru-baru ini.

Kejohanan di Singapura itu menyaksikan gandingan negara mempamerkan aksi cemerlang sekali gus menundukkan lawan mereka dari New Zealand 14-9 dengan perbezaan lima mata.

“Kami amat bersyukur dengan rezeki yang diberikan untuk kemenangan tersebut. Pada awalnya, saya dan pasangan hanya menyasarkan untuk lepas ke separuh akhir sahaja dan baru fikir untuk ke tahap seterusnya. 

“Namun, selepas memenangi peringkat kumpulan dengan kedudukan pertama, kami mula yakin dan keserasian kami berdua semakin baik sekali gus meningkatkan semangat kami untuk memenangi pingat emas,” kata Alia ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Mereka yang pertama kali bergandingan itu menemui keserasian dalam perlawanan dan ia membuahkan hasil selepas berjaya merangkul pingat emas sulung buat negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI