fbpx

Tingkat 27 Komtar ‘banjir’, lif dihenti sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan Komtar sedang melakukan operasi pembersihan di lokasi limpahan air, hari ini.

GEORGE TOWN – Sekurang-kurangnya 17 lif di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini terpaksa dihentikan operasi sementara bermula awal pagi tadi ekoran kejadian limpahan air dari bilik tangki di Tingkat 27 bangunan itu.

Secara keseluruhannya, terdapat 22 lif di Komtar dengan lapan lif di low zone, enam lif di mid zone dan lapan lif di high zone.

Pada masa ini, hanya empat lif di low zon dan satu lif di mid zone beroperasi, manakala kesemua lapan lif di high zone masih tidak berfungsi.

Ketua Pegawai Operasi PDC Setia Urus Sdn. Bhd. (PDCSU), Loi Kai Horng berkata, kejadian limpahan air tangki itu berlaku pukul 3.15 pagi tadi.

“Siasatan awal mendapati terdapat over flow dari tangki air tersebut dan juruteknik PDCSU berjaya menghentikan aliran keluar.

“Siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengesan punca kejadian. Juruteknik mendapati limpahan air memasuki lif di kawasan tersebut,” katanya. Atas faktor keselamatan, pihak pengurusan terpaksa menghentikan operasi lif buat sementara waktu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI