fbpx

Tiada seorang pun pelaku datang minta maaf – Bapa Zulfarhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Zulfarhan Osman (tengah) meninggal dunia akibat dipukul termasuk ditekap menggunakan seterika wap.

PETALING JAYA – Ibu bapa Allahyarham Zulfarhan Osman memberitahu tiada seorang pesalah dalam kes kematian anak mereka datang untuk meminta maaf sejak kejadian itu berlaku pada 2017.

Bapa Allahyarham Zulfarhan, Zulkarnain Idros dan ibunya, Hawa Osman dalam temu bual sebuah rancangan radio berkata, setakat ini hanya orang kena tuduh (OKT) yang dikenakan hukuman di bawah Akta 330 yang dibebaskan tanpa perlu bela diri tampil berbuat demikian.

Katanya, ibu bapa pesalah juga tidak pernah memohon maaf kepada mereka walaupun beberapa kali bertembung di mahkamah.

“Selama tujuh tahun naik turun Mahkamah Tinggi sehingga ke Mahkamah Rayuan…bertembung, kadang-kadang sampai berlaga bahu, tapi tidak ada (permohonan maaf),” katanya.

Dalam pada itu, Zulkarnain turut mengucapkan terima kasih kepada pengirim surat layangyang bertanggungjawab melaporkan kejadian itu kepada warden bagi membantu Allahyarham.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada beliau yang menghantar surat layang, beliau ini seboleh-boleh hendak menyelamatkan nyawa anak saya.

“Keduanya kalau beliau ada kesempatan, bolehlah beliau menghubungi saya. Saya lebih suka bersemuka ataupun boleh jumpa di mana-mana kalau ada kesenangan, kelapangan masa,” katanya.

Enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang sebelum ini dipenjara 18 tahun selepas didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat ke atas Zulfarhan dihukum gantung mati oleh Mahkamah Rayuan baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI