fbpx

Taburan hujan rendah jejas 7,400 pengguna air di P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empangan Teluk Bahang.

GEORGE TOWN – Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) sedang melaksanakan Fasa 1 Pelan Pengurusan Krisis untuk memastikan bekalan air mencukupi sehingga September ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Ir K. Pathmanathan berkata, ini kerana taburan hujan yang luar dari kebiasaan menyebabkan isu bekalan air yang menjejaskan kira-kira 7,400 pengguna air di bahagian pulau negeri ini.

Menurutnya, terdapat kekurangan air yang dibekalkan ke kawasan kejiranan berikut antaranya George Town, Mount Erskine, Air Itam, Balik Pulau, Lebuh Raya Thean Teik,Pulau Betong,Tanjung Bungah dan Bayan Lepas.

“PBAPP sedang menjalankan pelbagai tindakan termasuk mengoptimumkan pengeluaran air di Loji Rawatan Air (LRA) Batu Ferringhi dan LRA Guillemard tanpa terlalu menjejaskan kapasiti berkesan Empangan Teluk Bahang.

“Tindakan ini membolehkan PBAPP mengagihkan sebanyak mungkin air terawat ke kawasan perkhidmatan Air Terjun dan LRA Sungai Pinang,” katanya di sini hari ini.

Pathmanathan berkata, PBAPP juga meningkatkan pengeluaran air terawat di LRA Air Itam tanpa menjejaskan kapasiti efektif Empangan Air Itam.

“Tindakan ini akan mengurangkan kebergantungan Air Itam kepada air terawat dari Sungai Dua yang kemudiannya boleh dialihkan ke kawasan perkhidmatan pinggir LRA Air Terjun.

“PBAPP turut mengawal injap dan operasi mengepam untuk mengagihkan air terawat sebanyak mungkin ke kawasan perkhidmatan LRA Air Terjun dan LRA Sungai Pinang untuk menampung kekurangan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI