fbpx

Syarikat arak taja untuk konsert amal, bukan sumbang sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD ZAHID pada sidang akhbar sempena Permukiman Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Dengan Syarikat Milikan Agensi KKDW di Pusat Konvensyen Desaru Coast, Kota Tinggi hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

KOTA TINGGI – Isu tajaan syarikat minuman keras kepada sebuah sekolah rendah di Sepang, Selangor baru-baru ini adalah bagi tujuan penganjuran konsert amal dan bukannya untuk sumbangan kepada sekolah berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, konsert amal itu dianjurkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan dan Lembaga Sekolah.

“Apa yang telah kita bincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari Rabu yang lalu bukan soal sumbangan daripada syarikat-syarikat minuman keras itu atau syarikat rokok atau syarikat-syarikat sejenama dengannya.

“Apa yang dilakukan adalah (sponsorship) penajaan kepada event yang diadakan itu dibuat oleh syarikat itu dan ia dianjurkan oleh persatuan ibu bapa dan pihak lembaga sekolah itu dan dalam perkara ini ianya tidak pun menyebut tentang sumbangan daripada syarikat minuman keras itu kepada mana-mana sekolah sebagaimana persepsi yang wujud,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan rumusan di Pemukiman Program Utama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), di Pusat Konvensyen Desaru, di sini, hari ini.

Kelmarin, media melaporkan isu berhubung sumbangan dan tajaan syarikat minuman keras kepada sekolah Cina akan dijawab oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Ahad lalu, kontroversi tercetus apabila konsert amal pendidikan bertujuan membuat kutipan membina dewan sekolah itu yang didirikan sejak 30 tahun lalu, didapati turut membabitkan sumbangan dan tajaan sebuah syarikat arak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI