fbpx

Siswa bergaya pandu Porsche hadiri majlis konvokesyen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GOH memandu kereta Porsche ke majlis graduasinya. - Foto MToday/TikTok/Gabriel Goh

 

SINGAPURA – Seorang pesohor TikTok, Gabriel Goh menamatkan pengajian  di sebuah universiti Singapura dengan bergaya apabila dia memandu kereta sport  jenis Porsche 718 Boxster untuk menghadiri majlis graduasinya, lapor portal berita asiaone hari ini.

Goh menunjukkan dia memandu kereta sport itu menerusi video di platfom tersebut pada Isnin lalu.

Dalam video itu, dia dilihat menandatangani dokumen  untuk kenderaannya sebelum menghadiri majlis graduasi  di Universiti Nasional Singapura.

Pada Rabu lalu, Goh memuat naik video menjelaskan bagaimana dia berjaya memandu kereta Porsche ke majlis graduasinya.

Menurut lelaki tersebut, dia menyemak laman web Porsche termasuk rangkaian gaya hidup, cawan, perabot dan banyak lagi. 

Sebagai pencipta kandungan, dia kemudian menghubungi Porsche untuk bertanya sama ada mereka boleh membantunya.

Akhirnya, syarikat itu bersetuju meminjamkan kereta kepadanya. 

Goh kemudian segera memulakan pencarian juruvideo atau jurugambar untuk menjalankan penggambaran gaya kereta tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI