fbpx

Sebutan kes ibu bapa Zayn Rayyan pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAYN RAYYAN

PETALING JAYA – Perkembangan kes kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin kembali menjadi sorotan umum apabila Mahkamah Sesyen di sini dijadualkan mendengar prosiding sebutan terhadap kedua-dua ibu bapanya, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf, pagi ini.

Jun lalu, Zaim Ikhwan (tertuduh pertama) dan Ismanira (tertuduh kedua) didakwa bersama-sama atas pertuduhan mengabaikan Zayn Rayyan, 6.

Pasangan itu dikehendaki hadir di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh bagi sebutan kes untuk status penyerahan dokumen pihak pendakwaan kepada pasukan pembelaan.

Penyerahan dokumen kepada peguam merupakan proses biasa yang menjadi amalan mahkamah sebelum perbicaraan bermula.

Kebiasaannya, kedua-dua pihak akan menyelesaikan proses `housekeeping’  atau pengurusan kes terlebih dahulu sebelum mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan.

Hakim bicara akan dimaklumkan dahulu oleh pihak-pihak jika terdapat isu-isu berbangkit seperti pengemukaan representasi bagi mengkaji atau menggugurkan pertuduhan, perkara berkaitan perintah larangan bersuara atau permohonan semakan ke Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, sebarang tindakan susulan oleh pihak pembelaan bergantung kepada penelitian dokumen perbicaraan yang diperoleh daripada pihak pendakwaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI