fbpx

Sarah Suhairi kini isteri pensyarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SARAH Suhairi kini sah bergelar isteri dengan sekali lafaz

HULU LANGAT – Dengan sekali lafaz, penyanyi Sarah Suhairi kini sah bergelar isteri kepada pensyarah, Aswad Mohd. Anuar, pada majlis pernikahan yang berlangsung di Berenr Hill Sg Serai, di sini pada pukul 8.30 pagi tadi.

Pasangan mempelai dinikahkan bapa pengantin perempuan, Suhairi Hamdan, di hadapan jurunikah Ustaz Ahmad Khaliq Md. Rashid

Penyanyi berusia 24 tahun itu menerima mas kahwin berjumlah RM2,486 dalam bentuk barang kemas bersama tujuh dulang hantaran berbalas lima.

Perkenalan antara Sarah dan Aswad, 39, dikatakan bermula sekitar empat tahun lalu sebelum mereka mengikat pertunangan 27 Januari lalu.

Minat yang sama dalam sukan berkuda menjadi pengerat hubungan, sekali gus mencetuskan keserasian mereka.

Seramai 200 tetamu termasuk kenalan terdekat serta saudara mara meraikan mempelai pada majlis tema serba putih tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI