fbpx

Rela rempuh polis elak saman trafik 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan anggota polis dirempuh semasa melakukan sekatan jalan raya di Berau. - Detiknews

JAKARTA – Seorang penunggang motosikal nekad merempuh tiga anggota polis yang sedang melakukan sekatan jalan raya, laporan saluran berita Detik semalam. 

Menurut pegawai polis tempatan, AKBP Steyven Jonly Manopo, kejadian berlaku di Kabupaten Berau, wilayah Kalimantan Timur semalam. 

“Ketika kejadian, anggota-anggota kami sedang menahan penunggang motosikal yang tidak memakai topi keledar,” katanya. 

Tambah beliau, lelaki yang hanya dikenali sebagai RH itu dipercayai panik dan cuba melarikan diri dengan merempuh anggota-anggota polis bertugas. 

Bagaimanapun, tiada kecederaan parah dilaporkan. 

“Mereka hanya mengalami cedera  ringan di tangan, lengan dan kaki akibat rempuhan tersebut,” tambahnya. 

Polis telah menahan suspek manakala motosikalnya turut disita. Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI