PETALING JAYA – “Ringkas, menarik saya suka. Tahun depan nak baju raya macam ni”.
Itu antara respons orang ramai yang terinspirasi memilih tema baju raya 2025 ala pakaian pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024, sejurus ia diumumkan semalam.
Bukan itu sahaja, ada juga membuat ramalan bahawa warna pakaian berkenaan juga bakal ‘meletup’ menandingi oren bata yang sangat popular pada hari raya lalu.
“Nampaknya sedondon la satu Malaysia pakai warna ni raya tahun depan. Tahun lepas tema oren,” kata Amanda Yusof.
“Serius cantik ni buat baju raya,” tak tipu,” ujar Amira Nadia.
“Tahun depan dah tahu nak baju warna apa nanti ni,” dedah @amirulicious.
Terdahulu Kosmo! melaporkan, ‘The Malaya’ rekaan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini, dipilih menjadi busana rasmi yang digayakan oleh kontinjen Malaysia sempena upacara perasmian temasya sukan terkemuka berkenaan.
Menerusi hantaran Majlis Olimpik Malaysia (OCM) pada Instagram, ‘The Malaya’ menampilkan rekaan baju kurung berserta kelubung untuk wanita, manakala baju Melayu teluk belanga bagi lelaki.- KOSMO! ONLINE