fbpx

Poland mahu hantar lebih ramai pelajar ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry ketika dikunjungi oleh Duta Besar Poland ke Malaysia.

PETALING JAYA – Poland menyatakan hasrat untuk menghantar lebih ramai pelajar dari negara itu melanjutkan pelajaran di Malaysia.

Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, perkara itu disampaikan kepada beliau oleh Duta Besar Poland ke Malaysia, Krzystof Dariusz Dobrowolski.

“Saya amat berbesar hati dengan hasrat tersebut dan turut menggalakkan pelajar Poland untuk menyertai program pertukaran pelajar di Malaysia.

“Kami juga bersetuju untuk mengadakan perbincangan dan rundingan di peringkat Kementerian bagi menandatangani MoU di antara dua buah negara dalam masa terdekat,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Terdahulu, Zambry berkata, bagi memantapkan proses pengantarabangsaan pendidikan tinggi, beliau dikunjungi oleh Duta Besar Poland ke Malaysia.

Katanya, dalam pertemuan itu beliau berkongsi aspirasi Malaysia dalam usaha memperkukuhkan sistem dan struktur pendidikan tinggi Malaysia setaraf peringkat antarabangsa

“Antara perkara lain yang turut dibincangkan adalah berkenaan potensi kolaborasi antara institusi pendidikan tinggi kedua-dua negara melalui perjanjian (I2I) universiti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI