fbpx

Pengarah syarikat ditahan eksploitasi buruh kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN pekerja warga asing yang ditahan dalam Op Pintas Mega (ATIPSOM) di sebuah kilang kitar semula bahan plaatik terbuang di Chemor, Ipoh semalam.

IPOH – Seorang pengarah syarikat ditahan kerana disyaki terlibat dengan kes eksploitasi buruh kanak-kanak di sebuah kilang kitar semula bahan plastik terbuang di Chemor di sini semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, dalam operasi pada pukul 3.30 petang itu, seorang kanak-kanak lelaki warga Myanmar berusia 16 tahun disyaki mangsa pemerdagangan orang berjaya diselamatkan.

Katanya, tindakan ke atas kanak-kanak itu dijalankan di bawah Seksyen 44 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

“Pihak polis telah mengesan satu aktiviti eksploitasi buruh paksa dan buruh kanak-kanak warga asing yang berlaku di kilang berkenaan.

“Bertindak atas maklumat, serbuan dijalankan di premis itu yang membawa kepada tangkapan 27 warga asing dari China dan Myanmar berusia antara 30 hingga 55 tahun,” katanya di sini semalam.

Menurut beliau, siasatan ke atas pengarah syarikat itu akan dijalankan di bawah Seksyen 14 ATIPSOM 2007 kerana memperdagangkan kanak-kanak bagi tujuan eksploitasi.

Katanya, lelaki terbabit juga berdepan kesalahan di bawah Seksyen 55 (b) Akta Imigresen 1959/63 kerana mengambil pekerja warga asing yang tidak memiliki pas kerja yang sah.

“Kesemua pekerja warga asing yang ditangkap akan disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63 kerana salah guna pas,” ujar beliau.

Sementara itu,Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Perak, Muhamad Fauzi Abd. Ghani berkata, hasil pemeriksaan di kilang tersebut mendapati, tempat tinggal yang disediakan majikan tidak kondusif untuk pekerja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI