fbpx

Pakej umrah menarik di Papuh Muslim Travel Fair 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faridah (tengah) bersama anggota Papuh ketika sidang media bagi mengumumkan PAPUH Muslim Travel Fair 2024 pada 26 - 28 Julai ini.

KUALA LUMPUR – Papuh Muslim Travel Fair 2024 yang sedang berlangsung sehingga 28 Julai ini di Hotel Grand Barakbah Ampang, bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pelbagai isu penting berkaitan pakej haji dan umrah, serta syarikat yang terlibat dalam industri berkenaan.

Persatuan Agensi Pelanco­ngan Umrah & Haji Malaysia (Papuh) melihat program ini sebagai penting memandangkan pihaknya telah menerima ba­nyak rungutan daripada ahli berhubung jemaah yang tertipu oleh iklan pakej umrah murah di media sosial.

Setiausaha Agung Kehormat Papuh, Faridah Hamid berkata, atas permintaan ahlinya yang seramai 600 syarikat berdaftar dengan Kementerian Pelanco­ngan, Papuh Muslim Travel Fair mampu memberi penjelasan kepada masyarakat agar tidak menjadi mangsa penipuan.

“Kami hanya membenarkan agensi yang memiliki lesen penuh seperti inbound, outbound, ticketing dan umrah untuk mengambil bahagian dalam pameran kali ini.

“Sebanyak 50 syarikat mengambil bahagian,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Papuh turut bekerjasama de­ngan syarikat penerbangan Saudia yang memberikan potongan harga istimewa kepada semua peserta pameran.

“Ini adalah kali pertama Saudia membuat tawaran istimewa sedemikian yang diberi sepanjang tempoh tiga hari pameran ini berlangsung,” jelasnya.

Faridah memaklumkan Maybank dan Bank Rakyat turut menyertai acara ini untuk menawarkan pelbagai pakej pembiayaan mengerjakan umrah dan pelancongan muslim, termasuk Pakej Pergi Dahulu Bayar Kemudian.

“Selain tawaran pakej umrah, pelancongan, pas masuk ke taman tema dan tiket penerba­ngan, Papuh turut menyediakan hadiah cabutan bertuah kepada pelanggan yang membuat tempahan sepanjang acara ini berlangsung melibatkan hadiah umrah percuma,” jelasnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI