fbpx

Nur Maisarah Husna hilang sejak Ahad, ditemui di pekarangan masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

BALIK PULAU – Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang sejak Ahad lalu, ditemui dalam keadaan selamat di pekarangan sebuah masjid di Teluk Kumbar di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, remaja itu dijumpai pada pukul 11.50 pagi.

Menurutnya, remaja terbabit dilaporkan hilang selepas dia dihantar ke asrama sebuah institusi pendidikan swasta di sini, pada 21 Julai lalu.

KAMARUL RIZAL

“Keluarga mangsa hanya mengetahui kehilangannya selepas mereka berhubung dengan pihak institusi pendidikan tersebut semalam.

“Pihak tersebut memaklumkan kepada ibu bapa mangsa bahawa remaja tersebut tidak memasuki kelas serta tidak ada di asrama sejak Ahad lalu,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, tular di Facebook mengenai kehilangan Nur Maisarah Husna, 17, sejak 21 Julai lalu, namun awal pagi tadi, bapa saudara remaja tersebut memaklumkan bahawa remaja tersebut telah dijumpai.

Menurut Kamarul Rizal, bapa mangsa kemudiannya membuat laporan polis berhubung kehilangan mangsa.

“Beberapa jam kemudian remaja berkenaan ditemui dalam keadaan selamat oleh orang awam. Pemeriksaan awal fizikal remaja itu didapati berada dalam keadaan baik, namun dihantar ke hospital bagi pemeriksaan lanjut,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI