fbpx

Netizen sebak tengok senyuman bapa Allahyarham Zulfarhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai sebak melihat senyuman bapa Allahyarham Zulfarhan.

PETALING JAYA – “Ayah dia kuat betul. Senyum ja dalam semua rakaman. Tapi dalam hati remuk tahan sebak, siapa yang tahu.”

Itu antara telahan orang ramai mengenai bapa kepada Allahyarham Zulfarhan Osman, Zulkarnain Idros, 60, yang sentiasa tersenyum dalam hampir setiap rakaman membabitkan dirinya.

Terbaharu, beliau dilihat masih mampu melemparkan senyuman seperti biasa ketika isterinya, Hawa Osman, 59, berkongsi pengalaman tentang menu kegemaran anak kesayangannya itu ketika bersiaran di sebuah stesen radio tempatan, hari ini.

Ada juga dalam kalangan masyarakat yang sentiasa mengikut rapat kes yang membabitkan Allahyarham Zulfarhan menyifatkan, ia adalah sikap semula jadi kebanyakan lelaki, yang tidak suka memaparkan kesedihan di khalayak ramai.

“Orang lelaki memang macam tu. Tetapi di belakangnya Allah saja yang tahu,” kongsi @daa_lee26.

“Ayah dia senyum kuat sangat. Tapi dalam hati Allah saja la yang tahu rindu pada anak tu macam mana,” kata @daa_lee26.

“Tengok ayah dia nampak tenang, tersenyum tapi hati penuh kesedihan,” ujar @leeyadolce_1. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI