fbpx

Mifzal Anaqi meninggal dunia akibat keracunan makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Mifzal Anaqi dilaporkan meninggal dunia akibat keracunan makanan di Sandakan semalam. - Foto media sosial

KOTA KINABALU – Seorang murid sebuah sekolah rendah di Sandakan dilaporkan meninggal dunia akibat keracunan makanan semalam.

Muhammad Mifzal Anaqi Muhammad Rizal, 10, dilaporkan tidak hadir ke sekolah pada 23 Julai lalu ekoran masalah tersebut.

Keluarga mangsa kemudian memaklumkan perkara itu kepada guru kelas menerusi aplikasi WhatsApp bahawa kanak-kanak itu diberi cuti sakit oleh doktor sehingga semalam.

Guru berkenaan kemudian diberitahu murid tersebut pengsan dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) malam kelmarin.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Datuk Raisin Saidin berkata, waris memaklumkan guru bahawa mangsa sudah meninggal dunia pada pukul 7 pagi semalam.

“Pada pukul 12 tengah hari, guru besar dan beberapa guru melawat jenazah di rumah neneknya di Kampung Tinusa, Sandakan.

“Kes itu dalam siasatan Pejabat Kesihatan Daerah Sandakan. Kes yang menimpa mangsa setakat ini melalui sumber guru kelas dan bapa mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Raisin berkata, pihak sekolah mendapati murid tersebut mengalami keracunan makanan ketika di rumah bersama ibunya sebelum dimasukkan ke wad.

“Murid-murid lain tidak mengalami sebarang simtom keracunan makanan pada hari sama sehingga hari ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI