fbpx

Melaka tawar lebih RM5,000 untuk pingat emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AB. Rauf Yusoh menyerahkan bendera Melaka kepada V.P Shanmugam pada Majlis Penyerahan Bendera Negeri Melaka menghadapi Sukma Sarawak di Dewan Alamanda, Jasin semalam. - AMRAN MULUP

JASIN – Habuan lumayan menanti atlet Melaka jika mampu menyumbang pingat menjelang temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-21 di Sarawak yang akan berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos ini.

Ketua kontinjen yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melaka, V.P. Shanmugam berkata, sumbangan wang tunai tambahan itu dijanjikan daripada program bapa angkat membabitkan 27 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta agensi angkat.

Menurutnya, hampir kesemua bersetuju untuk menyumbang ganjaran wang tunai tambahan berbanding insentif tetap diberikan kerajaan negeri kepada atlet yang menyumbang pingat pada Sukma sebelum ini.

Katanya, kerajaan negeri telah menyediakan ganjaran tetap bagi atlet menyumbang emas menerima RM5,000, perak (RM3,000) dan gangsa (RM1,500).

“Sebagai contoh atlet muay Thai jika meraih emas, mereka bukan sahaja mendapat ganjaran tetap RM5,000 tetapi bapa angkatnya pula menjanjikan tambahan RM5,000 termasuk jika meraih perak dan gangsa.

“Bagi atlet Melaka yang meraih pingat pada Sukma kali ini, bukan setakat ganjaran wang tunai tetapi beberapa imbuhan lain yang turut dijanjikan persatuan sukan.

“Apabila mereka ingin menyumbang, kita akan kumpulkan. Namun, ganjaran ini mungkin ada yang rendah dan tinggi tetapi ia cukup untuk menyuntik semangat atlet untuk menyumbang pingat di Sarawak nanti,” katanya selepas Majlis Penyerahan Bendera Melaka kepada Ketua Kontinjen Sukma Sarawak di Dewan Alamanda di sini semalam.

Tambah Shanmugam, pihaknya tidak meletakkan sasaran besar kepada acara wusyu untuk meraih 11 pingat emas seperti dilakukan di Kuala Lumpur pada 2022.

“Melaka yang dominan dalam acara wusuu dengan 11 pingat emas di Kuala Lumpur tetapi dengan peraturan baharu, saya tidak nampak kita mampu meraih banyak pingat kali ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI