fbpx

MCMC rampas 138 walkie-talkie tidak diperakui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Walkie-talkie yang dirampas dalam operasi pemeriksaan di beberapa premis di ibu negara baru-baru ini. Foto Ihsan MCMC

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merampas sebanyak 138 unit walkie-talkie bernilai lebih RM20,000 dalam serbuan ke atas tiga premis di Jalan Pasar, Pudu, Kuala Lumpur baru-baru ini.

MCMC dalam kenyataan berkata, operasi melibatkan 10 pegawai itu merupakan strategi berterusan pihaknya bagi memastikan peniaga alat komunikasi mematuhi peraturan ditetapkan dan tidak menjual alatan tidak diperakui kepada pengguna.

“Hasil pemeriksaan mendapati, ketiga-tiga premis berkenaan menjual kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui.

“Penjualan dan penggunaan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui adalah satu kesalahan di bawah Peraturan 16 (1)(b) Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000.

“Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM300,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya hari ini.

Justeru itu, MCMC mengingatkan orang ramai untuk tidak melibatkan diri dengan aktiviti menjual, memiliki dan menggunakan apa-apa kelengkapan komunikasi yang tidak mempunyai pemerakuan.

“Penggunaan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui boleh menjejaskan kualiti perkhidmatan yang diterima daripada penyedia perkhidmatan komunikasi.

“Selain menyebabkan gangguan frekuensi kepada rangkaian perkhidmatan komunikasi, yang akhirnya mengundang masalah kepada pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI