fbpx

Man. United letak harga buat Sancho

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANCHO berkemungkinan besar tetap meninggalkan Old Trafford musim depan meskipun dikatakan sudah berbaik semula dengan Ten Hag.

MANCHESTER – Manchester United dilaporkan telah menetapkan harga jualan untuk Jadon Sancho selepas pemain sayapnya itu dikaitkan spekulasi perpindahan dengan gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG).

Selepas empat bulan tidak bermain, Sancho dipinjamkan kembali ke Borussia Dortmund musim lalu dan mempamerkan prestasi cemerlang dengan memimpin bekas kelabnya itu ke final Liga Juara-Juara Eropah sebelum tewas kepada Real Madrid di Wembley.

The Red Devils berharap prestasi cemerlang Sancho bersama Dortmund dapat menaikkan harga jualannya selepas mempertimbangkan untuk melepaskannya secara tetap walaupun pemain England itu telah mengadakan perbincangan dengan pengurus, Erik Ten Hag.

Difahamkan, United kini menetapkan harga sebanyak £40 juta (RM240.77 juta) untuk Sancho meninggalkan Old Trafford dan bersedia menanggung kerugian selepas membelanjakan £73 juta (RM439.40 juta) ketika membelinya daripada Dortmund pada 2021.

Pemain berusia 24 tahun itu baru sahaja diterima semula menyertai skuad utama United selepas perselisihannya dengan Ten Hag secara terbuka menyaksikan dia ‘dibekukan’ sepanjang musim lalu.

Sancho tidak dipilih dalam kesebelasan utama United ketika menentang Arsenal pada September lalu dengan Ten Hag menyatakan prestasi dalam latihan sebagai alasan utama.

Berang dengan keputusan tersebut, Sancho menggunakan platform media sosial untuk meluahkan reaksi tidak berpuas hati dan menganggapnya sebagai ‘kambing hitam’ oleh pengurus Belanda itu.

Bagaimanapun, perseteruan antara mereka berdua seakan sudah selesai selepas Sancho kembali ke Old Trafford untuk menjalani sesi latihan bersama The Red Devils termasuk beraksi dalam aksi persahabatan di Amerika Syarikat ketika ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI