KOTA BHARU – Perlawanan Liga Super antara Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) menentang Perak FC di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini ditangguhkan ke pukul 9.30 malam ekoran cuaca hujan.
Komisioner Perlawanan, Azmi Othman memutuskan perlawanan berkenaan tidak dapat berlangsung selepas hujan lebat melanda Kota Bharu bermula pukul 7 malam tadi.
Keputusan berkenaan diterima dengan baik dan dipersetujui sebulat suara oleh kedua-dua pasukan.
Sesi memanaskan badan ditetapkan bermula pada pukul 9 malam sementara pegawai perlawanan memastikan keadaan padang baik dan memuaskan. – KOSMO! ONLINE