fbpx

Kurang hujan sehingga September, elak pembakaran terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Musim Monsun Barat Daya yang masih berlangsung sehingga September menjadi punca cuaca panas dan kering, selain kebanyakan tempat kurang menerima hujan.

Susulan itu Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, pembakaran terbuka perlu dielakkan supaya risiko jerebu tidak berlaku.

“Ketika monsun ini, angin bertiup konsisten dari barat daya dengan kelembapan udara lebih rendah dan keadaan atmosfera yang lebih stabil menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan.

“Sehubungan itu, kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak berbanding bilangan hari hujan.

“Elakkan pembakaran terbuka dan orang ramai juga disaran menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh ini,” tegasnya.

Walau bagaimanapun katanya, hujan lebat berserta angin kencang dan petir berikutan fenomena garis badai (squall line) masih boleh berlaku di pantai barat Semenanjung, utara Sarawak dan barat Sabah terutamanya pada awal pagi.

“Garis badai adalah barisan ribut petir yang terbentuk akibat penumpuan angin dan boleh berlarutan sehingga beberapa jam,” jelas beliau.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, uaca panas serta kering yang dirasai kini sejak beberapa hari lalu disebabkan oleh ‘paduan’ musim Monsun Barat Daya dan dua ribut siklon tropika di utara Laut China Selatan yang muncul sejak beberapa hari lalu.

Muhammad Helmi berkata, cuaca negara menjadi bertambah panas dan kering apabila Taufan Gaemi dan Ribut Tropika Prapiroon itu berlaku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI