fbpx

Kerajaan setuju beri kelonggaran laksana e-invois 6 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abu Tariq pada sidang akhbar di sini, hari ini.

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju untuk memberikan kelonggaran kepada pembayar cukai dalam tempoh enam bulan dari tarikh pelaksanaan mandatori e-Invois yang sepatutnya bermula 1 Ogos ini.

Mekanisme e-invois merupakan representasi dalam bentuk digital bagi transaksi yang dilaksanakan antara penjual dan pembeli bagi menggantikan penggunaan dokumen kertas atau elektronik.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin berkata, kelonggaran itu diberikan sebagai mengambil maklum komitmen pembayar cukai dalam mematuhi keperluan perundangan e-Invois yang memerlukan tempoh masa mencukupi.

Beliau berkata, ini terutamanya melibatkan industri yang mempunyai persekitaran perniagaan yang mencabar dan kompleks.

“Bagi tempoh kelonggaran ini semua aktiviti atau industri dibenarkan mengeluarkan e-Invois yang disatukan termasuk e-Invois bil kendiri.

“Ini turut membenarkan apa-apa diskripsi transaksi dimasukkan di medan. Keterangan
Produk atau Perkhidmatan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, jika terdapat permohonan e-Invois daripada pembeli, penjual juga dibenarkan untuk hanya mengeluarkan e-Invois yang disatukan tanpa mengeluarkan e-Invois bagi setiap transaksi.

Dalam pada itu, beliau mengesahkan tiada tindakan pendakwaan di bawah seksyen 120 Akta Cukai Pendapatan 1967 terhadap ketidakpatuhan peraturan e-Invois dalam tempoh enam bulan itu.

Bagaimanapun, katanya, ia mesti mematuhi syarat yang telah dinyatakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI