fbpx

Kerajaan salur peruntukan RM6 juta kepada Angkasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar pada Majlis Penutupan Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 di WTCKL hari ini.

KUALA LUMPUR – Sejumlah RM6 juta dana diperuntukkan kepada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) bagi merancak dan memperkasakan lagi gerakan koperasi negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan tersebut diselaraskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan dan Kos Sara Hidup sejumlah RM2 juta menerusi Program Jualan Rahmah.

Katanya, jumlah yang sama disalurkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) melalui peruntukan Program Sejati Madani.

“Di samping itu, turut disalurkan peruntukan baharu sebanyak RM1 juta untuk program ASEAN Cooperative sepanjang Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 di mana Presiden Angkasa adalah Pengerusi ASEAN Cooperative Organisation.

“Juga disalurkan peruntukan baharu sebanyak RM500,000 yang mana masing-masing akan disalurkan kepada koperasi masjid di desa dan latihan meningkatkan kompetensi koperator di desa,” katanya yang juga Menteri Kewangan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick dan Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.

Sementara itu, Anwar berkata, kerajaan bersetuju untuk meminda beberapa peruntukan undang-undang untuk menjadikan koperasi sebagai entiti perniagaan.

Katanya, draf cadangan pindaan ke atas undang-undang itu sedang dipersiapkan Jabatan Peguam Negara sebelum dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan.

“Soal undang-undang Menteri beritahu sudah ada kerangka awal dan dalam tempoh dua bulan akan datang apabila disiapkan oleh Jabatan Peguam Negara, dibawa ke Jemaah Menteri untuk diluluskan.

“Saya percaya, melihat prestasi mereka, itu boleh disegerakan,” katanya.

Syor pindaan kepada undang-undang itu antara resolusi dipersetujui Kongres Koperasi Kebangsaan 2024, dibangkitkan selepas terdapat beberapa akta sedia ada dilihat mengekang gerakan koperasi dalam menjalankan perniagaannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI