fbpx

KDA FC berniaga untuk kukuhkan kewangan pasukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Daud (dua dari kiri) bersama wakil rasmi salah satu daripada rakan strategik KDA FC pada sidang akhbar di Stadium Darul Aman, Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dijangka memperoleh pendapatan mencukupi menerusi pelbagai strategi perniagaan dan dana dalam tempoh antara tiga hingga enam bulan.

Pemiliknya, Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar berkata, beliau optimis Sang Kenari tidak akan perlu melalui episod hitam seperti yang dialami musim lalu sekiranya penyokong memberi sokongan padu terhadap usaha dilakukan.

Menurutnya, ketika ini pihaknya akan melancarkan beberapa produk yang menggunakan nama KDA FC seperti kopi, air mineral, vitamin serta barang keperluan termasuk baju, tuala dan stoking bagi menjana pendapatan pasukan.

“Alhamdulillah selama ini memang kita ada penaja dan terima duit daripada penjualan tiket tetapi orang ramai perlu tahu bahawa jumlah itu tidak mencukupi untuk menampung keperluan pasukan.

“Kalau antara 5,000 ke 10,000 rakyat Kedah boleh beli produk kita keluarkan dengan kerjasama rakan niaga seperti air mineral, kopi, vitamin, tuala, stoking, tudung atau apa saja produk dikeluarkan, maka dalam tempoh tiga ke enam bulan kita boleh memperoleh pendapatan mencukupi hingga akhir musim,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Kata beliau, setakat ini terdapat 10 rakan niaga dan jumlah itu dijangka terus berkembang dengan sasaran mencecah 100 rakan niaga pada akhir musim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI